
Konsep Kursus PQ menampilkan satu modul yang berupaya membawa peserta menjelajah dan menerokai khazanah al-Quran sebagai wahyu Ilahi, mukjizat Nubuwwah, sinar sejagat, pedoman ummah, penawar dan rahmat semesta alam.
OBJEKTIF
Melahirkan insan yang berupaya menerokai khazanah al-Quran menerusi kaedah kendiri. Membentuk daya kepimpinan luar biasa
berpandukan pedoman al-Quran dan al-Sunnah. Memantapkan pegangan akidah dan
menyempurnakan tuntutan ibadah khususnya solat melalui kaedah forensik dan simulasi solat sebenar sepanjang kursus.
Peserta akan dibimbing untuk mengenal kaedah tadabbur ayat-ayat pilihan menerusi pendekatan critical thinking dan higher-order thinking skill yang diyakini dapat membantu peserta untuk mengaplikasikan kehidupan berasaskan petunjuk al-Quran dan Sunnah serta mutiara ilmu daripada ulama muktabar.





















